4 Strategi Pelaburan Emas Tahun Ini

Paksa Diri Untuk Beli Emas

Terdapat 4 strategi pelaburan emas yang boleh anda lakukan untuk tahun ini.

Strategi ini akan membuat matlamat pelaburan emas anda akan tercapai lebih cepat iaitu Paksa Diri Untuk Simpan Emas

64 4 Strategi Pelaburan Emas Tahun ini

 

Jadi apakah 4 langkah yang perlu anda buat unuk capai matlamat simpanan emas tahun ini.

Langkah 1: Buat keputusan.

Keputusan apa? Keputusan nekad untuk menggenggam emas dalam tangan tahun ini.

Sebagai contoh, tahun lepas, seorang customer saya telah membuat keputusan untuk memiliki gold bar 250g.
Hasrat beliau untuk memiliki emas 250gram nie sebenarnya dah ada beberapa tahun lepas. Tapi tak menjadi.

Namun apabila beliau membuat keputusan nekad “Aku nak pegang 250g sekeping tahun ini, maka beliau terus nekad untuk buat belian 250gram ini secara epp10x (beli emas dan bayar dalam tempoh 10bulan).
Beliau buat keputusan pada bulan 3. Jadi Epp10x beliau start bulan 3 dan Alhamdulillah, habis bayar pada bulan 12!
Beliau sangat gembira. Kalau beliau tak buat keputusan, mungkin ini pun beliau takde emas sebesar 250g.

Kenapa 250g?

Sebab dia nak rasa “kejayaan peribadi”
Namun untuk anda yang baru nak start, anda boleh target  item yang kecil-kecil seperti 10g, 20g, 50g atau 5 dinar @ 10 dinar.

Namun kalau poket tak dalam maka target 1 dinar pun ok.

Buat keputusan sekarang. Tetapkan matlamat berapa gram kita nak dihujung tahun ini.

Bila kita buat decision, baru nampak jalan untuk konsisten.

Langkah 2: Lafaz niat.

Terus lafaz niat “sahaja aku simpan emas ini untuk masa depan ku”
Rasulullah SAW pernah bersabda “Setiap perbuatan itu bermulanya dengan niat dan setiap orang itu mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan”
Jadi penting untuk anda melafazkan niat yang betul. Semoga ada keberkatan pada niat anda memiliki emas untuk masa depan.

Langkah 3: Buat pelan tindakan!

Ada 2 cara memiliki emas di Public Gold yang sesuai untuk kebanyakan orang.
✅ Pertama adalah buat belian secara Epp10x (beli emas dan bayar dalam tempoh 10 bulan, lepas habis bayar maka anda akan terima emas”. Ini lebih kepada force saving. Anda dah tahu harga dan bayaran setiap bulan.
Anda boleh buat simulasi jadual harga epp10x kat website Public Gold atau apps Public Gold.
✅ Kedua adalah belian secara akaun GAP.
Yang ini sesuai untuk orang yang tak nak force saving. Bila ada duit barulah topup gram emas dalam akaun anda. Cuma bezanya adalah anda tak kunci harga emas, sebaliknya membayar harga semasa emas waktu anda topup gram emas tersebut.

Langkah 4: Sekiranya ada rezeki lebih, tambah gram emas lagi!

Sebab pelaburan emas bergantung kepada berapa gram simpanan dalam tangan / akaun anda.
Semakin banyak gram emas anda, semakin tinggi potensi keuntungan anda.

Mana tahu anda dapat durian runtuh tahun nie, tukarkan sebahagian menjadi emas.

Tips tambahan: Jangan takut bayar zakat.

✅ Sebab proses menjadi orang berharta nie memerlukan anda keluarkan sebahagian harta dan berikan kepada orang yang berhak.
✅Sebaliknya bergembiralah sekiranya anda menjadi pembayar zakat. Harta anda suci dan barakah.

Semoga emas anda beranak pinak tahun ini!

MOHD SULIMAN HAFID – PG 027857
Star Master Dealer Public Gold
Bio: https://OneGoldDinar.net

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk keluarga dan kawan-kawan yang belum tahu cara kumpul emas melalui GAP account.  Harap dapat di ‘Share’ kepada mereka. Terima Kasih

Credit, En Syukor Hashim

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *