7 Kriteria Penting Sebelum Beli Emas

Kriteria Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Emas

7 kriteria penting

1- Harga Emas

Sebelum mulakan beli emas sebagai pelaburan dan simpanan jangka panjang, anda perlu tahu tentang harga emas semasa yang dijual samaada di Singapura atau di negara tempat anda bermastautin.  Anda juga boleh buat perbandingan harga emas di kedai-kedai emas secara fizikal atau secara online.

Untuk pengetahuan anda, jongkong emas dan syiling emas biasanya dijual mengikut pergerakan harga emas semasa dunia. Harga emas semasa dunia juga dipanggil harga Spot Gold. Harga spot gold akan menjadi harga rujukan bagi kebanyakan penjual emas.

Namun hampir semua penjual emas menjual emas mereka pada harga yang lebih tinggi dari harga spot gold. Ini kerana mereka akan menambah kos-kos yang mereka tanggung seperti percetakan, penghantaran, insuran, simpanan dan sudah tentu, keuntungan mereka.

Anda boleh rujuk harga spot gold di website www.goldprice.org

Gold Price Sgd

Perbezaan di antara harga penjual dan harga spot gold dipanggil premium over spot price. Untuk memaksimakan keuntungan, anda perlu memilih emas yang dijual pada harga yang hampir dengan harga spot gold. Semakin rendah peratusan harga premium semakin baik untuk dijadikan sebagai pelaburan.  Mari kita tengok cara kiraan Premium over spot price:

(Harga Jual – Harga Spot) / Harga Spot x 100 = < 10%  Pelaburan yang baik

($94 – $85.82)/ $85.82 x 100 = 9.48%

Sebaliknya pula, apabila penjual membeli emas dari anda.  Mereka akan membayar harga yang lebih murah dari harga semasa supaya mereka dapat mengaut keuntungan sekali lagi.

2 – Berapa Harga Beli dan Berapa Harga Jual (Susut Nilai).

Amat penting juga anda bandingkan harga premium yang dikenakan oleh syarikat itu apabila anda ingin menjual semula kepada mereka.  Perbezaan harga jual dan harga beli dipanggil ‘spread’ atau susut nilai.  Yang jelas, lagi rendah harga ‘Spread’ lebih baik. Susut nilai ini boleh diperolehi melalui 2 cara:

  1. Susut nilai di dalam Sgd$ (Harga Beli – Harga Jual)
  2. Susut nilai dalam bentuk peratusan %

Cara kiraan % Susut nilai :

(Harga Beli – Harga Jual) / Harga Beli x 100 = <10%  Pelaburan yang baik

($94 – $85) / $94 x 100 = 9.57%

Kenapa begitu penting kita menyemak harga belian dan jualan ini, ialah kerana anda akan menjual emas tersebut kepada mereka suatu hari nanti. Walaupun anda boleh menjual emas tersebut di syarikat lain, selalunya syarikat lain mengenakan premium yang lebih tinggi.

Kesimpulan anda mesti menyemak harga jualan dan belian dengan teliti kerana lain syarikat mengenakan premium yang berbeza. Satu perkara lagi simpanlah resit pembelian baik2 kerana anda mungkin memerlukan untuk rujukan suatu hari nanti.

3 – Mempunyai Stok yang banyak dan mencukupi.

Kesediaan stok bermakna boleh beli emas yang kita inginkan mengikut harga semasa dari penjual.  Masalah stok seringkali berlaku terutama bila berlakunya wabak covid-19 dan bila permintaan emas semakin meningkat.

Carilah syarikat yang sentiasa menyediakan stok yang mencukupi supaya mudah untuk anda membelinya. Pilihlah syarikat yang memaparkan harga emas melalui website dan kita boleh beli emas tersebut  24 jam – 7 hari seminggu.

Ada juga syarikat yang membenarkan anda buat booking online mengikut harga emas semasa dan bila stok emas sudah sampai anda boleh pergi ambil emas tersebut.

4 – Bebas GST ( Harga lebih murah bila tiada cukai GST).

Singapura telah mengenakan GST 7% kepada produk-produk tertentu. Namun begitu, ada beberapa jenis emas di dalam kategori ‘Investment Precious Metals’ atau Pelaburan Logam Berharga dikecualikan daripada bayaran GST.

Jongkong emas berketulenan sekurang-kurangnya 99.5% dan dikeluarkan oleh penapis yang atau telah berada  dalam senarai “Good Delivery” bagi London Bullion Market Association (LBMA) termasuk emas dan perak.

‘Refiner’ yang berada di dalam senarai “Good Delivery” LBMA anda boleh lihat di sini :  http://www.lbma.org.uk/good-delivery-list

Antara jenama emas berstatus LBMA yang boleh dijumpai di Singapura dan Malaysia ialah Public Gold LBMA bar dan Public Gold LBMA Dinar, PAMP Suisse, Argor Heraeus, Perth Mint dan Valcambi.

Dengan membeli emas berstatus LBMA, anda tidak perlu membayar GST dan bermakna harga Jongkong emas lebih murah.

5 – Mudah di beli dan mudah di Jual. Boleh jual beli online 24 jam 7 hari.

Satu lagi ciri yang sangat penting  selain dari memilih emas yang boleh maksimakan keuntungan kita, pastikan emas fizikal tersebut boleh dibeli dan jual dengan mudah.

Public Gold menyediakan platform yang sangat mudah untuk anda beli dan jual emas secara online.  Untuk jual atau beli semuanya boleh dibuat depan komputer atau mobile phone anda dengan login website di bawah ini:

Public gold memberi jaminan untuk beli balik semua produk yang dijualnya mengikut harga semasa ‘PG BUY’ dengan proses yang sangat mudah dan harga yang tinggi berbanding dari syarikat emas lain.

6 – Diterima Pajak Gadai Ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam) untuk buat gadaian Emas

Salah satu kelebihan dengan emas fizikal adalah anda boleh menggadai emas tersebut di institusi Ar-rahnu (pajak gadai Islam) jika memerlukan tunai segera.

Ar-Rahnu menerima emas sebagai cagaran terhadap pinjaman yang diberikan. Untuk pengetahuan anda Public Gold Singapura berkerjasama dengan 916 Pte Ltd mempunyai Pusat ArRahnu pajak gadai Islam pertama.

  • Alamat: Blk 824 Tampines Street 81, #01-20, Singapore 520824

Jadi, jika anda membeli jongkong emas Public Gold atau Silver Bar Public Gold maka tempat terbaik untuk menggadaikannya adalah di ArRahnu – Public Gold Singapura.

7 – Reputasi Syarikat – Pilih pada Syarikat yang Mantap, Kukuh dan banyak Cawangan

Semakin lama sesebuah syarikat terlibat dengan aktiviti membeli dan menjual emas, maka semakin tinggi reputasi dan kredibiliti syarikat berkenaan. Jadi, semakin kurang risiko terhadap anda. Memandangkan bukan mudah untuk membezakan antara emas yang tulen dengan yang tiruan anda mesti membeli dari penjual emas yang ternama sahaja. Pilihlah syarikat yang telah menjalankan perniagaan ini melebihi 5 tahun ke atas dan mempunyai reputasi yang mantap dan kukuh tanpa sebarang feedback yang negatif.

Jika tidak anda mungkin akan menanggung risiko membayar logam yang tidak bernilai.

Satu lagi jika emas yang dijual adalah berstatus LBMA, anda tidak perlu risau pasal GST atau risiko penjual tersebut tutup kedai. Ini kerana emas berstatus LBMA mempunyai kecairan yang tinggi. Ia boleh dijual beli dengan mudah kepada penjual lain.

Jadi pilihlah syarikat yang memiliki 3 perkara di bawah:

  1. Jaminan stok ada dan dijual pada harga semasa. Pembeli boleh booking emas tersebut pada harga semasa dan boleh mengambilnya apabila stok ada?
  2. Syarikat memaparkan harga belian dan jualan yang telus. Harga ini perlu dipaparkan dengan jelas dan boleh dilihat oleh pembeli. Paling bagus sekiranya penjual emas tersebut mempunyai sistem belian dan jualan balik secara online.
  3. Syarikat yang memberi jaminan beli balik emas mereka mengikut harga semasa walaupun jika berlaku sebarang kecacatan pada emas seperti sarung dibuka, calar, goris atau bengkok dan sebagainya.

Setiap syarikat @ institusi yang menjual emas mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak ada satu syarikat yang paling bagus dalam serba serbi. Jadi, anda perlu mencari produk dan syarikat yang sesuai dengan matlamat pelaburan anda.

Semoga penerangan di atas memberi manfaat jika anda ingin mulakan simpanan emas bolehlah buat perjanjian atau hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

#Kerdit En SyukorHashim – Kontent diubah mengikut kontek Singapura.

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *