Apa Bezanya Simpan Emas dengan Simpan Wang ?

Anda mungkin bertanya, Nak Simpan EMAS atau WANG?

Gold Saving1

Gambar : Simpan Emas atau Simpan Wang

Bagi mereka yang memahami mengapa jadikan emas sebagai simpanan jangka panjang, mereka akan bersiplin dan terus menabung emas secara konsisten setiap bulan. Dari pengalaman yang saya dapati, ramai penyimpan emas Tegar atau ‘Regular Gold Saver’ rasa tidak percaya bila melihat aset simpanan emas fizikal mereka makin lama semakin bertambah. Anda pun juga boleh jadi seperti mereka jika mengamalkan simpanan emas secara tetap.

Ada juga yang bertanya saya apa untungnya simpan emas? Untuk menjawab soalan tersebut mari kita lihat kelebihan dan perbandingannya Simpan Wang dengan Simpan Emas.

1. Kadar Faedah Bank Negatif

Wang yang disimpan di Bank sekarang ini mendapat ‘kadar faedah’ yang sangat rendah setiap tahun. Di Singapura kadar faedahnya kurang dari 1%.  Malahan ada sesetengah negara di dunia contohnya Jepun ‘kadar faedah’ nya bawah 0% (negatif).

Fixed Deposit

Gambar : Kadar Interest untuk Simpanan Tetap Bank di Singapura bawah S$20,000 Sep 2019

Negara Eropah seperti Sweden,  Switzerland  dan  Denmark juga mengenakan ‘kadar faedah’ yang negatif.

Kadar faedah negatif adalah tindakan yang sangat terdesak, isyarat menunjukkan dasar tradisi kewangan terbukti sudah tidak berkesan.

2. Nilai Wang Makin Merosot Dimakan Inflasi.

Bahasa paling “mudah” Inflasi bermakna barang naik harga.

Cuba lihat berapakah harga makanan Mee Rebus sekarang? Agak-agak dalam masa satu atau dua tahun dari sekarang berapa pula harganya? Yang pasti harganya tentu akan naik dan bukan itu sahaja harga minyak makan, beras, gula, tepung, minyak petrol, khidmat gunting rambut dan banyak lagi barang2 dan perkhidmatan akan naik harga.

Kalau dulu wang $10 dollar Singapura boleh beli banyak barang sekarang wang $10 dollar dapat barang ciput aje (Lihat Rajah Bawah)  Dalam erti kata lain nilai wang kita semakin merosot.

 

Nilai Duit Morosot

 

Gambar : Kesan Dari Inflasi – Nilai  Mata Wang Merosot

Ya betul.  Nilai wang kita makin lama semakin merosot.  Wang kertas yang sama nilai (10) sepuluh tahun dahulu tidak akan dapat beli barang yang sama sekarang, setuju!

Sebagai contoh tahun 1970 harga rumah HDB 3 Bilik ialah $17,000.  Tetapi sekarang ini, rumah yang sama anda tidak akan dapat beli dengan harga $17,000 sebab harganya sudah mencecah $300,000.harga-barangan-mahal

Gambar: Harga Rumah Makin Lama Semakin Mahal

3. Emas Kalis Inflasi.

Nilai jangka masa panjang emas lebih terjamin.

Apabila kita faham sejarah nilai 1 Dinar boleh beli seekor kambing 1400 tahun dahulu. Anda tak perlu risau akan harga barang naik (kerana Inflasi) atau kejatuhan nilai wang atau apa sahaja bencana ekonomi dan politik.

Nilai emas dalam jangka masa panjang lebih terjamin berbanding simpan duit di dalam bank.

Kuasa beli 1 Dinar terbukti boleh membeli seekor kambing 1400 dahulu hingga sekarang.  Kuasa beli emas boleh dikatakan kekal sehingga sekarang.

1 Dinar - Kambing

Nak tahu Teori 1 Dinar dan kambing KLIK SINI

4. Nilai Wang Boleh ‘Zero’.

Nilai wang ditentukan oleh pemerintahan negara tersebut. Wang Kertas satu-satu negara sudah pasti tidak akan laku atau dapat dibelanjakan di negara yang lain.

Anda harus menukar duit negara anda kepada negara yang anda lawati jika mahu membeli barang sebagai contoh anda mesti tukar duit Singapura ke Malaysia jika mahu pergi ke Malaysia untuk berbelanja dan sebaliknya.

Semasa krisis kewangan, mata wang Malaysia pernah jatuh sehingga bawah 40% dari nilai asalnya.

Sejarah telah berulang kali apabila belakunya kebimbangan mengenai ketidaktentuan politik dan ekonomi nilai matawang akan turun mendadak. Tidak mustahil apabila berlakunya peperangan nilai wang tersebut akan menjadi ‘Zero’.

facebook_1475116423057

Gambar : Tahun 1967 Matawang Singapura dan Malaysia Sama Nilai $1.00

Nilai wang Malaysia dan Singapura adalah sama nilainya pada tahun 1967. Tetapi kini nilai RM100 bersamaan dengan Singapore dollar $33

5. Simpan Emas – Kekayaan Di Tangan Kita.

Apabila kita memiliki emas kita tidak terikat kepada sesiapa pun

Nilai emas tersebut 100% di dalam kawalan kita. Nilai emas berdiri sendiri tanpa jaminan sesiapa. Tidak siapa pun boleh bekukan dan merampas kekayaan itu. Walaupun kita jatuh bankrap, emas itu tetap milik kita

1kg-Gold-Bar5

Gambar : Emas Adalah Aset yang Boleh diWariskan

Hebatnya dengan emas fizikal jika anda perlukan tunai dapat dicairkan dengan mudah dan segera tanpa banyak urusan.

6. Emas adalah Wang Sebenar.

Pernahkan anda terfikir mengapa negara seperti Amerika, German, IMF, China, Russia dan lain-lain negara mempunyai reserve emas yang banyak.  Malah sekarang ini negara seperti China dan Russia berlumba-lumba menambah aset emas mereka dengan membeli emas fizikal setiap bulan.gold-reserve

Gambar : 20 Negara Teratas Yang Mempuyai ‘Reserves’ Emas Terbesar

Tidak dapat dinafikan bahawa Pelabur2 kaya juga menjadikan emas sebahagian dari simpanan mereka. Walaupun emas tidak memberikan hasil ‘cash flow’ tetapi mereka percaya emas adalah Pelindung kepada kejatuhan mata wang dan kekayaan mereka.

Sebab itu setiap negara di dunia mempunyai ‘reserves’ simpanan Emas dan menjadikan emas fizikal sebagai insuran kewangan jika berlakunya keadaan politik dan ekonomi tidak menentu.

money

Gambar: Jika Emas itu Bukan Duit, Kenapa Bank Pusat Membelinya?

7. Kesimpulan

Tahukah anda jika setiap bulan anda beli emas Sgd$100, ini bermakna dalam masa setahun anda sudah mempunyai lebih kurang simpanan emas 20 gram tanpa disedari.

Perkara ini tak akan sama, kalau anda simpan dalam bentuk wang di bank $100 x 12 bulan, mungkin anda rasa sudah ada simpanan $1200 dalam masa setahun.

Sebaliknya apa yang berlaku samada wang tersebut telah dibelanjakan atau dah berkurangan, sebab kita kalah kepada Emosi bila duit ada di tangan.  Beza paling ketara antara wang dan emas ialah:

“Wang fitrahnya Belanja” dan “Emas fitrahnya Simpan”

Simpan emas, aset kita akan bertambah sementara simpan wang kita berhadapan dengan risiko berbelanja yang bukan-bukan.

Emas fizikal adalah ‘tangible aset’ sama seperti rumah, tanah dan ladang yang kita boleh nampak, pegang dan kawal aset tersebut.

Emas adalah “Wang Sebenar” dan Emas ada “Magnet Kekayaan”.

Semoga penerangan di atas bermanfaat dan memberikan anda ilmu akan kelebihan menyimpan emas berbanding menyimpan wang.

Sila tonton Video di bawah ini untuk penjelasan seterusnya

Saya percaya dari fakta di atas, kita boleh membuat keputusan yang bijak.  Jika Negara, Bank Dunia dan Pelabur2 kaya menyimpan emas? Kenapa  tidak kita? Kalau bukan sekarang bila lagi?

Jika anda perlukan bimbingan Emas boleh follow facebook saya dengan klik nama saya di bawah. Terima kasih kerana sudi membaca! 

MOHD SULIMAN HAFID – PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Jika maklumat ini bermanfaat harap di ‘share’ pada rakan2 dan keluarga kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *