Apakah Keuntungan Menyimpan Emas

Pengenalan

Sejak berlakunya wabak pandemik Covid19 banyak pertanyaan telah saya terima yang ingin tahu cara membuat pelaburan emas fizikal. Tetapi ramai juga yang masih tidak memahami apakah jenis emas untuk dipilih untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.

Kenali Apa Itu Emas?

1 – Emas telah digunakan sebagai mata wang sejak ribuan tahun lalu. Emas diiktiraf dan mempunyai nilai yang tinggi berkurun-kurun lama dan penerimaannya begitu menyeluruh di seluruh dunia. Emas merupakan logam yang sangat berharga memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan untuk digunakan sebagi mata wang dengan berkesan. Emas adalah logam yang paling stabil dan tidak mudah bertindak balas. Emas tidak berkarat, tercemar dan terhakis. Emas juga senang dibentuk sehingga menjadi sangat tipis.

wang emas

Penemuan Wang Emas dimuka Bumi

2 – Emas juga dimanfaatkan untuk kesihatan, kecantikan, alat elektronik dan makanan serta minuman. Emas boleh digunakan untuk kesihatan ataupun makanan sebab logam tersebut tidak merbahaya untuk tubuh badan kita. Ini juga telah menjadikan nilai kelebihan emas yang membuatnya semakin berharga.

3 -. Kegunaan emas yang sangat luas diberbagai bidang telah mempegaruhi harga emas atau logam mulia ini. Apabila semakin banyak keperluan akan menyebabkan semakin banyak pula permintaan. Permintaan yang terus meningkat sudah tentu akan membuat harga emas juga terus melambung tinggi. Sebab itu, jual dan beli emas tidak pernah sunyi dari penggemar atau peminat emas. Anda boleh bandingkan harga emas 20 tahun dahulu dengan sekarang.

4 -. Emas perhiasan sangat digemari oleh kaum wanita untuk dipakai supaya kelihatan cantik dan bergaya. Emas perhiasan atau barang kemas tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan kerana emas perhiasan di buat khas untuk perhiasan dan kecantikan bagi yang memakainya dan selalunya harga emas perhiasan lebih mahal bila dibeli kerana harganya akan dicampur dengan harga reka bentuk, upah tukang dan juga cukai GST. Ketika menjual emas perhiasan pula harga tersebut di atas tidak dikira. Emas perhiasan mempunyai ‘spread’ atau susut nilai yang tinggi antara 20% hingga 40%..

5 – . Emas telah dijadikan sebagai aset untuk diwarisi oleh generasi ke generasi. Masyarakat kini telah mula menyedari bahawa emas merupakan logam mulia yang bernilai tinggi. Apa pun situasinya, memiliki emas tidak akan merugikan kerana emas memiliki nilai intrinsik yang akan membuatnya selalu bernilai. Permintaan emas samaada dalam keadaan ekonomi yang stabil atau tidak, hakikatnya tetap ramai yang membeli dan menyimpannya.
Jika anda ingin memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas fizikal pilihlah emas dalam grade pelaburan iaitu emas yang ketulenan 995 -999 seperti Gold Bar dan Syiling Dinar

Sila tonton Video pendek bawah ini perkongsian apakah “Keuntungannya  Menyimpan Emas”

Semoga pecerahan di atas memberi manfaat dan jika anda ingin mulakan pelaburan emas boleh buat perjanjian atau hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site: www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *