Cara Maksimakan Keuntungan Pelaburan Emas Anda

1.  Rahsia Pelaburan

Saya suka merujuk Tip pelaburan dari Tuan Azizi Ali Mentor Wang yang mengatakan

Antara rahsia bagaimana untuk memaksimakan keuntungan dalam pelaburan ialah ‘Invest Big’

“Ramai orang yang tak tahu akan rahsia ini” katanya lagi.  Melabur besar bukan sahaja kepada emas malahan kepada apa sahaja pelaburan asalkan pelaburan tersebut benar-benar tulin setelah dibuat kajian terlebih dahulu.

Peribahasa Melayu yang mengatakan “Sikit-sikit lama2 jadi bukit” tidak sesuai digunakan dalam pelaburan malahan bila melabur sikit akan jadi “sikit-sikit lama2 jadi sikit”

2.  Senario Pelaburan

Dalam pelaburan kita mesti melabur besar dan ini juga bergantung kepada kemampuan anda.  Beliau juga memberi dua senario yang berbeza:

Senario #1 – Katakan anda mempunyai wang sebanyak 10,000 untuk dibuat pelaburan, jika anda melabur 5,000 dari wang tersebut dengan beli emas bermakna anda telah melabur 50% dari wang tersebut dan

Senario #2 – Katakan anda mempunyai wang sebanyak 100,000, jika anda melabur 5,000 dari wang tersebut untuk beli emas bermakna hanya 5% sahaja dan ini sangat kecil. Apa yang dimaksudkan dengan ‘invest big’ ialah anda melabur 30-40% dari jumlah wang pelaburan iaitu 30,000 – 40,000.

Dalam pelaburan kita mengira ikut kiraan peratus % (percentage). Cuba lihat contoh di bawah ini:

Senario #2 yang mempunyai wang sebanyak 100,000 untuk dibuat pelaburan emas.

  • Katakan harga emas naik 2 kali ganda, jika anda melabur hanya 5% dari 100,000 ini bermakna pelaburan anda hanya menjadi 10,000.
  • Tetapi jika anda melabur besar katakan 50% dari 100,000 ini bermakna pelaburan anda sudah menjadi 100,000. Di sinilah kita akan nampak perbezaan yang sangat ketara bila ‘Invest Big’.

“Selalunya saya akan tambahkan duit saya dalam pelaburan secara maksima” kata Tuan Azizi Ali lagi

Sudah tentulah apabila kita mula melabur kita akan mulakan dengan sedikit dahulu untuk mempelajari selok belok tentang jual beli emas dan setelah kita rasa konfiden maka bolehlah kita tambah sehingga mencapai kepada target 40-50%.  Mungkin mengambil masa dalam 6 bulan.

3.  Kesimpulan

Tuan Azizi Ali dalam buku karangan beliau “Masa untuk Emas” pernah buat saranan supaya jadikan 10% aset emas sebagai insuran kewangan tetapi jika anda melihat emas dari sudut pelaburan, anda mesti ‘Invest Big’.

Itulah rahsia untuk memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas dan sudah setentunya mengikut kemampuan anda.

Masa Untuk Emas_Final_OUTLINE10

Semoga penerangan di atas menjadi panduan bagi mereka yang ingin jadikan emas sebagai aset dan pelaburan untuk generasi anda. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Teruskan baca posting saya untuk mendapat Tip Emas seterusnya.

Jika anda ingin mulakan simpanan emas boleh buat perjanjian dengan hubungi saya. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *