Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin

Pemberian Mahar atau Mas Kahwin.

Mahar atau Mas kahwin adalah tanda kasih sayang dan pemberian wajib kepada Isteri.

Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4:

“Dan berikanlah mahar (Mas kahwin) kepada wanita yang kamu nikahi sebagai sebuah pemberian dengan penuh keikhlasan.”

Saya amat menggalakkan supaya bakal2 pengantin menggunakan Dinar sebagai Mas Kahwin. Kenapa begitu? Saya mempunyai sebab yang kuat dan anda boleh baca kisah benar selanjunya di bawah ini:

Martabatkan Mata Wang Sunnah

Saya masih teringat semasa mula2 memperkenalkan Dinar Emas di Singapura pada tahun 2014, ketika itu memang ramai warga Singapura yang tidak mengenali apa itu Dinar Emas dan Dirham Perak.  Malah sekarang pun masih ramai yang belum mengenali Dinar emas.

dinar-dirham-coins

Gambar: Mata Wang Dinar Emas dan Dirham Perak

Satu hari saya terima panggilan daripada seorang pemuda yang ingin membeli Dinar. Ketika itu saya hanya ada beberapa koleksi kepingan 1 Dinar sahaja.  Setelah pertemuan berlangsung, akhirnya pemuda tersebut bersetuju untuk membeli 2 keping emas 1 Dinar.  Saya rasa terpanggil untuk bertanya apakah tujuan beliau membelinya dan untuk apakah Dinar tersebut nak digunakan.

Rasa ingin tahu menyebabkan akhirnya terkeluar soalan dari saya, “Apa nak dibuat dengan Dinar itu?” Jawapan dari pemuda tersebut ialah “Nak jadikan sebagai Mas Kahwin”.

Kemudian saya tanya lagi, “Kenapa gunakan Dinar, kan kita boleh gunakan Duit”. Jawapan ringkas tetapi amat tersentuh di hati dan tak dapat saya lupakan hingga hari ini katanya, “Brother Uphold Sunnah, This is Sunnah Money.”

Sejak itu saya mula terfikir bagaimana cara terus galakkan supaya masyarakat Melayu Islam Singapura kenal akan matawang Dinar dan Dirham yang telah digunakan sebagai sistem muamalat semasa pemeritahan Islam  dahulu.  Dinar dan Dirham juga diguna bagi membayar zakat dan Mas Kahwin.

Kalau bukan kita sebagai umat Islam menggunakan Dinar dan Dirham, siapa lagi?

Strateji yang saya buat ialah semasa Seminar Emas, saya sering kongsi cerita ini kepada remaja supaya gunakan Dinar sebagai Mas Kahwin atas tujuan:

  1. Supaya masyarkat Islam kenal dengan Matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham.
  2. Martabatkan Matawang Sunnah.
  3. Jadikan Dinar dan Dirham sistem muamalat dan keluarkan Zakat.

FB_IMG_1510874193884

Gambar Hiasan: Matawang Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin

1. Cara Kenal dan Martabat Dinar Emas

Dinad Dirham
Dinat dalam Cerita Ali Baba Bujang Lapok dan Dirham Tiga Abdul

Selalunya semasa majlis pernikahan akan dihadiri oleh sanak saudara dan teman2 bakal pengantin. Dengan gunakan Dinar dan Dirham sebagai Mas Kahwin, mungkin ini satu cara terbaik untuk kenalkan mereka yang hadir akan matawang Islam Dinar yang telah digunakan sejak zaman pemerintahan Islam.

Jika dilihat dari rajah statistik perkahwinan masyarakat Islam di Singapura jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Tahun 2016 sahaja menyaksikan 5954 pernikahan telah dilaksanakan.  Jika setiap pernikahan menggunakan Dinar, ini bermakna makin ramai warga Islam Singapura telah kenali matawang Dinar dan Dirham, dalam masa yang sama memartabatkan Dinar Emas kembali.

Number of Marriage

Rajah : Statistik Jumlah Perkahwinan di Singapura

Kadar Mahar

Islam tidak menetapkan kadar serta had maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.

Seingat saya ada yang jadikan 1/2 Dinar 4 keping sebagai Mahar, ada juga anak jiran saya yang jadikan 5 Dinar sebagai Mas kahwin atau Mahar.

Mas kahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak atas persetujuan mereka dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan mas kahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Dinar mas kahwin 1

Gambar Hiasan : Dinar Emas sebagai Mahar

2. Dinar sebagai Aset untuk keluarkan Zakat

Bila kita telah mengenali Dinar (emas) dan Dirham (perak) dan memahami kelebiham menyimpan emas, lazimnya kita akan terus jadikan Dinar dan Dirham sebagai simpanan kita. Bila kita faham nilai emas tetap terjamin dan kuasa belinya tetap sama kita tidak takut sebab kita yang mengawal kekayaan kita.

Buktinya saya pernah menerima panggilan dari seorang pemuda yang ingin menjual Dinar nya kepada saya, beliau memiliki lehih 30 Dinar.  Saya juga pernah menerima panggilan dari seorang wanita yang ingin menjual Dirham sebanyak 100 Dirham.

Dinar dan Dirham yang kita simpan wajib keluarkan zakat bila sampai nisab dan haulnya.

Hadith yang diriwayatkan dari Ali ra, katanya, telah berkata Rasulullah:

“Jika kamu mempunyai 200 dirham dan sudah cukup setahun maka zakatnya adalah 5 dirham, dan emas hanya dikenakan zakat bila sudah mencapai 20 dinar dan sudah cukup setahun, maka zakatnya adalah ½ dinar setiap bertambah maka dengan hitungan tersebut. Tidak wajib zakat kecuali sampai cukup masa setahun”. (H.R Abu Daud)

Semoga artikel di atas memberi manfaat kepada siapa sahaja yang ingin jadikan matawang Dinar (Emas) dan Dirham (Perak) samada sebagai hadiah istimewa, mas kahwin, simpanan dan pelaburan.

Jika anda inginkan bimbingan seterusnya dari saya tentang Dinar dan Dirham dari saya, boleh hubungi saya melalui mobile di bawah atau layari website saya atau hadiri Seminar Emas saya.  Anda akan dapat banyak lagi info tentang simpanan dan pelaburan emas semasa seminar saya. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857 
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Diharap artikel ini bermanfaat  dan harap dikongsikan dengan rakan2 yang belum mengetahui tentang Dinar dan Dirham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *