Dua (2) Asas Ilmu Kewangan Yang Anda Perlu Tahu

Apa Itu Ilmu Emas?

Ilmu Emas sebenarnya berkait rapat dengan ilmu kewangan kerana Emas bukan sahaja sebagai alat atau instrument untuk Simpanan dan Pelaburan jangka sederhana dan panjang (medium to long term investment) malahan emas merupakan mata wang yang sebenar.

Ramai orang hanya kenal emas sebagai Barang Kemas tetapi tidak pada Goldbar , Syiling Emas dan Dinar Emas yang jauh lebih baik untuk berada dalam portfolio perlaburan. Ilmu Emas jika dikaji secara mendalam masih terdapat banyak rahsia yang belum terbongkar.

Emas dan Perak disebut dalam kitab suci Al Quran dan semestinya ada rahsia dan keistimewaan tersendiri. Manusia tidak boleh cipta Emas dan ianya perlu dicari, dilombong dengan process yang agak lama. Semua orang suka pada logam berharga Emas ini dan kesimpulannya Emas adalah anugerah dari Allah SWT.

Dua asas ilmu kewangan yang anda perlu tahu?

1. FAHAMI APA ITU CASH FLOW?

Makna ‘Cashflow’ (aliran tunai) adalah wang pendapatan bulanan kita selepas ditolak segala pembelanjaan bulanan seperti (belanja dapur, bills, belanja anak sekolah , hutang , wang ibu bapa dan lain lain).

Jika kita masih ada ‘Nett Balance’ bermakna ianya ‘Positive Cashflow’ dan jika tidak ianya adalah ‘Negative Cashflow’

Asas kepada kewangan yang baik adalah ‘Cashflow’ yang ‘Positive’ bermakna kita masih ada baki untuk disimpan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan setiap bulan.

“Cashflow Negative’ pula sebenarnya punca ramai orang menjadi semakin miskin setiap bulan, tanpa mereka sedari. Apabila ada masalah kewangan, perkara yang pertama kita perlu semak ialah ‘Cashflow’ kita. Perkara ini boleh diperbaiki melalui perancangan pembelanjaan kita untuk dapatkan ‘Positive Cashflow’ selain dari menambahkan pendapatan bulanan.

‘Cashflow Positive’ adalah permulaan kepada kedudukan kewangan yang baik.

2. FAHAMI BASIC FINANCIAL PLANNING TRIANGLE

Pyramid Cash Flow

Saya selalu share financial planning triangle dengan customers and kenalan kerana saya percaya ianya dapat membantu sedikit sebanyak tentang ilmu kewangan. Apa yang perlu setiap orang lakukan adalah setiap bulan ketepikan sedikit wang pendapatan (10% – 30%) sebelum belanja untuk yang lain-lain.

Empat (4) langkah penting untuk perancangan kewangan kita

1. Personal Insurance

Pertama sekali ialah Personal Insurance iaitu perlindungan (Protection) untuk diri kita jika berlakunya perkara yang tidak diduga seperti hospitalization, critical illness dan accident.

2. Simpanan atau Savings (Emergency Fund) Dana Kecemasan at least 6 bulan pendapatan.

Untuk Dana kecemasan ianya perlulah instrument yang mudah diambil dan cairkan seperti simpanan cash di bank dalam hal ini ada juga yang menggunakan emas fizikal sebagai dana kecemasan sebab emas juga dikenali sebagai High Quality Liquid Asset (HQLA)

3. Wealth Accumulation dengan pelaburan lower to medium risk 

Pelaburan untuk dapatkan Pontensi Pulangan yang Tinggi (Higher Potential Return) seperti pelaburan unit trust , bond, hartanah dan Emas fizikal . kebiasaannya pelaburan jenis ‘Medium to Long Term’ ini  memerlukan masa yang agak panjang 3 tahun ke atas, dan perlu ada disiplin dan konsisten.

4.  Melabur dalam pelaburan higher risk investments

Dan yang terakhir sekali ialah wang lebihan (extra cash) untuk kita melabur dalam pelaburan ‘higher risk investments’ atau ‘Speculation’ seperti stock, shares, forex (high return high risk) supaya kita dapat pulangan lebih tinggi dan jika pelaburan itu lebur sekalipun ianya tidak menjejas simpanan atau kocek kita.

Ramai yang saya jumpa suka bercakap tentang hal yang ke 4 iaitu ‘high risk investment’ sedangkan mereka belum ada protection dan simpanan yang mencukupi.

Nasihat saya , buat perancangan kewangan yang betul mula dari langkah 1 & 2 setelah mantap barulah kita ke langkah seterusnya iaitu 3 & 4 .

Note: Dengan Emas fizikal kita boleh perolehi 2 dalam 1 iaitu Simpanan (Savings Portfolio) 2. Lower risk investment untuk dapatkan pulangan lebih tinggi jangka panjang.

Ingin mulakan simpanan emas dan bimbingan seterusnya dari saya boleh daftar dengan klik  link ini:  https://mylink.la/mohdsuliman

Ingin ikuti Seminar Emas Percuma KLIK SINI.  Terima Kasih.

MOHD SULIMAN HAFID – PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +6592246333 (Spore) +6 0163375937 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.net

Kredit kepada www.21Goldjr.com

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk keluarga dan kawan-kawan yang belum tahu cara kumpul emas melalui GAP account.  Harap dapat di ‘Share’ kepada mereka. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *