Hari Raya Merupakan Hari Terbaik Mulakan Simpanan Emas

Kenapa Hari Raya Masa Terbaik Simpan Emas?

Jika anda masih mencari formula bilakan masa terbaik untuk mulakan simpanan emas.  Berikut adalah beberapa sebab kenapa Hari Raya merupakan hari yang sangat baik untuk kita mulakan simpanan emas kita.

1.Ramai Yang Dapat Duit Lebih

Hari Raya merupakan hari yang paling gembira untuk anak-anak kecil, anak remaja , anak perempuan kita, kerana mereka mendapat Duit Raya dari Ayah dan Ibu, Datuk dan Nenek, Abang dan Kakak dari Saudara Mara dan dari Jiran2 yang berkunjung ke rumah.

Tak kurang juga kedua orang tua kita pun mendapat sumbangan duit raya dari anak-anak dan anak saudara.  Ada juga yang mendapat Bonus Raya ditempat mereka bekerja.

Semasa seminar saya pernah ditanya bilakan masa yang terbaik untuk mulakan simpanan emas?  Jawapan saya Mudah sahaja iaitu “Sekarang Ketika Duit Ada Ditangan”

Jadi ketika ada duit lebih inilah masa terbaik untuk tukarkan duit kita kepada emas. Kemudian terus berdisiplin dan konsisten dengan membeli emas.  Mungkin kita boleh mulakan dengan 1 gram 1 bulan.

2. Mulakan Dengan Emas Fizikal.

Kita boleh mulakan dengan membeli emas fizikal 1 gram dan simpanlah koleksi emas di Folder milik mereka.

Ibu dan ayah harus mendidik anak-anak sejak kecil lagi dan kenalkan mereka dengan emas sebagai simpanan untuk kesenangan masa depan. Apabila mereka mendapat duit raya pisahkan sedikit duit raya tersebut untuk ditukarkan kepada emas fizikal. Mungkin untuk permulaan kita boleh belikan emas fizikal untuk dipegang paling kurang ialah 1 gram.

Ibu bapa boleh tarik minat mereka dengan membeli koleksi2 emas pilihan seperti Batman, Superman, Spiderman jika anak lelaki atau lain2 koleksi untuk anak2 perempuan.

Batman-superman-spiderman

Simpanlah koleksi ini di ‘Folder’ emas mereka dan beritahu capai target untuk penuhkan koleksi emas dan sebagai hadiah jika target mereka tercapai mereka akan diberikan hadiah 1 gram oleh Ibu dan Ayah.  Dengan cara ini akan memotivasikan diri mereka untuk menyimpan lebih banyak simpanan emas mereka.

3. Bukakan Akaun GAP Untuk Mereka.

Dari Duit Raya yang anak-anak kita dapat, kita juga boleh bukakan akaun emas GAP serendah RM100. Perkara paling penting ialah kita perlu mulakannya sejak kecil.  Setelah itu ajarlah mereka menabung kalau boleh capai 1 gram 1 bulan sangat baik.

Beritahu mereka akaun emas GAP tersebut adalah untuk kegunaan pelajaran di Universiti mereka. Kita boleh targetkan untuk mereka apabila dah capai 11 gram dalam akaun simpanan keluarkan 10 gram fizikal.  Mereka juga akan mendapat hadiah 1 gram dari Ayah dan Ibu jika target mereka tercapai.  Ini juga satu cara untuk mendisiplin mereka terus menabung emas.

1 Dinar 10 gram

4. Kesimpulan.

Untuk lebih jelas sila tonton video bawah ini:

Sebagai ibu bapa, kitalah yang harus memainkan peranan untuk mendidik anak kita tentang Ilmu Emas dan Ilmu Kewangan. Ajarlah menabung emas sejak kecil lagi untuk kesenangan dihari mendatang.

Jika anda Ingin buka akaun emas GAP atau mulakan simpanan emas, boleh hubungi saya nama di bawah ini. Sekian, Terima Kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *