Ingin Miliki Perniagaan Sendiri Bersama PG Group – Public Gold

Selamat datang kepada New Dealer

Pertama sekali saya ingin meraikan kehadiran anda sebagai PG Business Owner (PGBO) di bawah empayar PG Group.

Ini adalah status anda:

Nama : Mohd Suliman Bin Hafid
PG Code: PG027857
Status PGBO: Master Dealer

Sebagai pemilik perniagaan empayar PG, anda kini berpeluang membina empayar perniagaan bersama PG Group dan berpotensi meraih pendapatan sehingga 5 angka sebulan.

Untuk pengetahuan anda PG Group terdiri daripada entiti-entiti berikut:

1) Public Gold: Membeli dan menjual logam berharga emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan. Klik Sini untuk daftar Percuma

2) PG Mall: Pusat membeli belah online yang menawarkan kepada anda ribuan barangan pada harga yang murah serta pelbagai tawaran menarik setiap hari. Klik Sini untuk daftar dan berbelanja.

3) PG Jewel: Menjual barang kemas 916 secara online pada harga yang murah dan menawarkan ribuan rekaan terkini. Klik Sini untuk daftar dan beli barang kemas.

4) Aurora Italia: Menjual barang kemas premium yang difokuskan kepada rekabentuk yang unik, anggun dan semasa. Klik Sini untuk daftar dan beli barang kemas.

5) Public Safe: Menawarkan khidmat peti simpanan selamat untuk anda menyimpan barangan dan dokumen-dokumen berharga.

Sebagai seorang PGBO, anda secara automatik adalah pemilik ke semua entiti di atas. Di sinilah peluang untuk anda membangunkan bisnes anda secara sambilan atau serius. Peluang di tangan anda.

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan 5 angka setiap bulan dengan bisnes PG?

Jawapannya: Konsep Consumerchant (®)

Untuk pengetahuan anda, PG Group beroperasi menggunakan konsep Consumerchant(®). Ia adalah gabungan 2 perkataan iaitu Consumer (pengguna) dan Merchant (peniaga)

Di dalam platform PG anda mendapat insentif sebagai pengguna ataupun peniaga.

Sebagai contoh, seorang PGBO yang hanya membeli untuk dirinya sendiri samada di Public Gold, PG Jewel, Aurora Italia dan PGMall akan mendapat rebate ke atas pembelian diri sendiri.

Namun jika anda aktif membangunkan bisnes maka insentif lebih besar menanti anda. Ini kerana platform PG menawarkan insentif komisen seumur hidup keatas pembelian pelanggan-pelanggan yang anda perkenalkan kepada PG.

Ya, selagi mana pelanggan yang anda perkenalkan itu aktif membeli maka anda akan mendapat insentifnya. Dengan kata lain peluang untuk anda menjana pendapatan secara pasif terbuka luas.

Anda bayangkan. PG Group memberikan peluang kepada orang ramai untuk menguruskan gaji mereka dengan bijak. Gaji perlu disimpan, dilaburkan dan dibelanjakan dengan cara terbaik.

Contohnya jika seseorang mahu menyimpan dan melaburkan wang maka mereka boleh membeli emas dan perak di platform Public Gold.

Jika dia mahu kelihatan cantik bergaya, maka dia boleh membeli barang kemas 916 di PG Jewel ataupun barang kemas premium di Aurora Italia.

Jika dia mahu berbelanja secara bijak maka dia boleh menggunakan platform online shopping PG Mall. Namun jika anda sendiri masih baru dengan konsep membeli belah secara online, saya berharap agar anda cuba membeli belah di PG Mall terlebih dahulu. Saya percaya PG Mall boleh membantu anda berbelanja dengan bijak.

Nampak tak? Bagaimana anda boleh mempromosikan platform PG untuk orang menyimpan/melabur dan berbelanja dengan bijak? Dengan berkongsi maklumat ini, anda beruntung dan orang yang anda kongsikan ilmu ini turut akan beruntung.

Jadi saya berharap anda mula berkongsi dengan sebeberapa ramai orang tentang platform PG secepat mungkin.

Untuk pengetahuan anda PG turut menyediakan beberapa program yang boleh membantu anda mengembangkan bisnes dengan cepat. Antaranya adalah seminar Business Weekly Meeting (BWM), Public Gold Golden Tour (PGGT) dan Millionaire Bootcamp.

Sebagai contoh, di dalam program PG Golden Tour anda akan dibawa melancong ke Pulau Pinang sambil mengenali PG Group. Anda akan mengunjungi Pusat Perniagaan Global Public Gold (Global Business Centre), Public Safe, PG Gold

Museum dan banyak tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang. Saya akan berjumpa dengan anda di sini!

Untuk menghadiri program-program tersebut, sila telefon mana-mana pejabat Public Gold untuk mendapatkan tarikh terdekat. Kemudian anda boleh terus membuat pendaftaran.

Untuk lebih cepat mengembangkan empayar perniagaan anda, sila jemput rakan-rakan, ahli keluarga dan kenalan anda untuk menghadiri seminar Business Weekly Meeting (BWM). Di sini penceramah-penceramah PG akan berkongsi ilmu dengan para hadirin. PG turut menawarkan firesales (jualan emas pada harga diskaun) dan menawarkan cabutan bertuah kepada mereka yang datang ke seminar ini.

Akhir sekali, bagi memudahkan PG membuat bayaran insentif kepada anda, sila lengkapkan maklumat bank anda kepada cawangan PG anda.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengalu-alukan kehadiran anda sebagai PGBO. Semoga platform PG boleh mengubah hidup anda daripada insan yang biasa tetapi memperolehi pendapatan luar biasa!

Yang benar,

Dato’ Wira Louis Ng
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif
Kumpulan Public Gold

To save your family, buy gold.
To help our nation, keep gold.
To follow your religion, use gold.

12933160_1581268322164847_1895141623848719648_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *