Kebaikan Menyimpan Dinar Emas

1. Apa Itu Dinar Emas dan Dirham Perak?

Pada zaman awal Islam, Semenanjung Tanah Arab tidak mempunyai mata wang sendiri. Dunia Islam telah menggunakan wang emas dan wang perak yang kenali sebagai Dinar (Rom) dan Dirham (Parsi).

Syiling emas Dinar (daripada perkataan denarius Roman) dan syiling perak Dirham – drachma (daripada perkataan Parsi).

Mata wang Dinar dan Dirham ini telah digunakan sejak awal Islam baik untuk kegiatan muamalah maupun ibadah seperti bayar zakat dan diyat (ganti rugi).

Wang Dirham pertama dicetak di dunia Islam ialah pada zaman Khalifah Umar bin Khathab sekitar tahun 642 Masehi


Perak Dirham -Marwan II ibn Muhammad 127-132 AH

Dinar emas Islam yang pertama telah diperkenalkan pada zaman khalifah Umayyah oleh Abdul Malik bin Marwan dan telah diguna pakai sehingga zaman kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah pada tahun 1924. Khalifah Abd Malik bin Marwan mengeluarkan dinar Islam pertama iaitu pada tahun 76H. Dinar Islam ini bernilai satu mithqal iaitu 4.25 gram

Dinar Era Abdul Malik Bin Marwan

Ini adalah rupa dinar emas semasa era Khalifah Umayyah Abdul Malik bin Marwan

2. Kenapa Gunakan Dinar Emas

Idea dan cadangan untuk mengembalikan penggunaan dinar emas dalam sistem kewangan bukanlah perkara yang baru. Sejarah dinar emas telah bermula pada zaman Rasulullah SAW, zaman Khulafa al-Rashidin sehinggalah ke zaman pemerintahan berkhalifah (Umaiyyah, Abbasiyyah dan Uthmaniah)  bagi membuktikan keistimewaan dan keunggulan dinar emas sebagai mata wang umat Islam.

Syiling Dinar emas mempunyai nilai dakwah di dalamnya, sebab syiling ini sesuai dengan Syariat Islam. Dinar emas telah digunakan sebagai Mas Kahwin  (mahr) yang mana telah dimulai sejak Zaman Nabi.

Mengembalikan penggunaan dinar emas sebagai mata wang akan menstabilkan sistem kewangan.

  1. Mengelakkan inflasi.
  2. Emas dan perak merupakan mata wang yang nilainya lebih terjamin.
  3. Mengelakkan pengurangan nilai dalam mata wang (devaluetion).

Krisis mata wang 1997 menyaksikan lambakan mata wang Asia sehingga menjatuhkan nilai mata wang tersebut secara mendadak. Menurut Dr Mahathir Mohammad krisis mata wang Asia ini disebabkan oleh serangan spekulatif ke atas mata wang negara-negara Asia dengan kegiatan jualan singkat oleh pedagang-pedagang mata wang.

Serangan spekulatif ini telah menjatuhkan nilai mata wang ringgit Malaysia, bath Thailand dan rupiah Indonesia. Oleh kerana itu, inflasi yang teruk telah berlaku kerana inflasi akan meingkatkan kos pengeluaran dan akan menyebabkan kejatuhan nilai.

3. Simpanan Untuk Menunaikan Haji

Dinar telah dijadikan sebagai simpanan kepada bakal haji Indonesia dalam bentuk dinar emas telah dilaksanakan bermula tahun 2000. Urusan ini diselenggara oleh ONH.  Jemaah haji yang menyertai ONH ini terlibat dengan aktiviti menyimpan dan melaburkan dinar emas melalui Gold Accumulation Plans Scheme (GAPs). Melalui skim ini jemaah haji akan memperolehi beberapa keuntungan iaitu keuntungan daripada harga emas yang sentiasa meningkat.

4. Dinar Emas Sebagai Pelaburan

Simpanan dinar emas sebagai aset merupakan satu pelaburan yang baik berbanding dengan pelaburan-pelaburan biasa yang tidak berasaskan emas. Pelaburan dinar emas akan memberi jaminan nilai dan lebih selamat.

Berikut adalah 3 sebab memilih emas sebagai pelaburan:

  1. Tiada risiko kredit dan merupakan aset yang selamat dan nilai terjamin.
  2. Emas aset yang sangat cair berbanding aset alternatif lain.
  3. Digunakan sebagai pelindung inflasi.

5. Dinar Emas Untuk Bayar Zakat dan Maskahwin

Dinar Emas Kelantan (DEK) yang dilancarkan pada 21 Mei 2006 telah memberi peluang kepada rakyat Kelantan khasnya dan masyarakat Malaysia amnya dalam menikmati kelebihan dinar emas dalam pelbagai aktiviti.

Dinar Emas dapat digunakan sebagai simpanan, pelaburan, pembayaran zakat, cenderamata dan sebagai hantaran perkahwinan. Kelantan menjadi negeri pertama di Malaysia yang menerima pembayaran zakat dalam bentuk dinar emas.

Manakala penggunaan dinar emas sebagai hantaran perkahwinan juga sudah mula diamalkan oleh segelintir masyarakat di Malaysia. Pada tahun 2001 pasangan artis Malaysia, M. Nasir dan Marlia Musa menjadi pasangan terawal yang menjadikan dinar emas sebagai maskahwin.

Dinar Sebagai MasKahwin

Sila tonton vudeo bawah ini untuk pencerahan seterusnya:

 

6. Kesimpulan

Berdasarkan dari kajian sejarah bermula zaman Rasulullah SAW sehingga kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924 menunjukkan bahawa:

  1. Rasulullah SAW menerima penggunaan dinar dan dirham daripada kerajaan Rom dan Parsi. Ini menunjukkan bahawa dinar emas boleh diterima sebagai alat perantara yang sesuai dalam urusan jual beli.
  2. Dinar emas memenuhi prinsip dan ciri-ciri sebagai mata wang yang dituntut dalam Islam. Sila rujuk al-Quran dan al-Hadis.
  3. Dinar emas dan Dirham perak menjadi alat perantara penting dalam pemerintahan Khulafa al-Rashidin.

Semoga penerangan di atas memberi manfaat untuk anda dan simpanlah Dinar emas dan Dirham perak untuk mengembalikan kemakmuran Islam.

 

jika anda ingin mulakan simpanan dinar emas dan dirham perak, boleh buat perjanjian dengan hubungi saya nama di bawah ini.

Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *