Kenapa Akaun Emas GAP itu Patuh Shariah?

GAP – Gold Accumulation Program – Patuh Shariah

Bagaimana shariah melihat Akaun Emas GAP sebagai transaksi yang patuh shariah, di sini saya rujuk tulisan sahabat Ustaz Khairul Anuar Basri yang juga ahli dalam mualamat Islam, dan juga terlibat secara langsung dalam projek syariah Public Gold ini.

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah 1 gram.

Kaedah yang digunakan ialah:

  1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).
  2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).
  3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.

GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.

Cert GAP

Gambar : Sijil Patuh Shariah – GAP di keluarkan oleh Syarikat Amanie

Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut $sgd.

Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.

  1. Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.
  2. GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah $67, ia boleh dibeli dengan nilai $67 dan juga $100.
  3. Jika dibayar $67, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar $100, maka gram yang dicatatkan ialah 1.4925 gram.
  4. Timbul beberapa persoalan – antaranya – seperti; bolehkah dibeli dengan $ sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 1.4925 gram?
  5. Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.
  6. Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.
  7. Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.
  8. Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.
  9. Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.
  10. Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.
  11. Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk $.
  12. Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.

Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was.

Apa Keistimewaan GAP?

Terdapat beberapa keistimewaan bila membeli emas melalui akaun GAP iaitu:

  1. Beli gram emas melalui akaun GAP bermakna emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan.
  2. Kita boleh menambah gram emas, bila-bila masa dengan pembelian seterusnya
  3. Beli gram emas melalui akaun GAP, emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di cawangan Public Gold Singapura, Malaysia dan Indonesia.
  4. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar.  Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.
  5. Gram emas di dalam akaun GAP boleh dijual tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.
  6. Gram emas dalam akaun GAP boleh diguna untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping portal milik Public Gold.

product_premium_sg

Gambar : Gold Premium bila keluarkan Gold Bar dan Dinar di Singapura

Semoga artikel di atas bermanfaat kepada siapa sahaja yang ingin mulakan simpanan Gold Bar dan Dinar Emas.

  • Sekiranya anda ingin dapatkan “Maklumat Lengkap Program Tabungan Emas (GAP)” KLIK SINI
  • Sekiranya anda ingin hadiri Seminar Emas saya KLIK SINI.
  • Jika anda ingin buat temu janji boleh hubungi saya melalui mobile di bawah ini.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Tulis asal oleh: Ustaz Khairul Anuar, ada ayat diubah mengikut kesesuai konteks Singapura.

Diharap artikel ini bermanfaat dan harap dikongsikan dengan rakan2 yang belum mengetahui tentang simpanan dan pelaburan emas fizikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *