3 Jenis Emas Untuk Pelaburan

Apa itu Karat?

Emas dikenali sebagai logam yang susah ditemukan, mahal dan memiliki sifat unik.  Emas merupakan logam yang lembut, oleh kerana itu emas harus dicampur dengan logam lain seperti perak, tembaga dan logam-logam lain untuk menghasilkan barang kemas yang mudah diukir dan dibentuk.

Untuk mengenali emas, kita terlebih perlu tahu “kadar” dalam emas. Karat adalah sistem pengukuran kandungan emas. Ketulenan emas diukur berdasarkan jumlah peratus emas tulen yang terkandung dalam suatu logam. Emas tulen ialah 24 Karat.

Emas kadar 22 karat berarti ketulenannya adalah 22/24 X 100% atau sekitar 91.6%. Jadi bila emas kadar 22 karat dengan berat 15 gram maka kandungan emas tulennya = 22/24 x 15 = 13.75 Gram.  Berikut adalah kadar emas:

  • 24 K = 99.9%
  • 22 K = 91.6%
  • 20 K = 83.3%
  • 18 K = 75.0%
  • 14 K = 58.3%
  • 10 K = 41.6%

Barang Kemas (Emas Perhiasan) 18K – 22K

Emas yang datang dari bentuk barang kemas seperti gelang, cincin, anting2, kerongsang dan lain2 amat popular di kalangan kaum wanita. Bagi tujuan dekorasi emas perhiasan akan di tambah logam perak atau tembaga supaya lebih keras dan senang di bentuk.  Sebab itu ketulenan barang kemas yang popular hanya antara 75% dan 91.6% (18K – 22K).

Ketika membeli Barang Kemas harganya akan lebih tinggi kerana terdapat harga (GST + Harga Tukang + harga premium) dan ketika menjual semula di kedai emas anda boleh dikenakan susut nilai yang tinggi iaitu di antara 25% hingga 40%.  Ini tergantung dari kedai emas tersebut, setiap kedai emas mempunyai cara yang tersendiri.

Oleh sebab itu barang kemas tidak sesuai untuk dijadikan sebagai Pelaburan dan pilihlah emas yang di dalam Gred Pelaburan, Investmen Precious Metal (IPM) iaitu emas yang mempunyai ketulenan lebih 99.5%

Walaupun begitu kaum wanita tetap meminati emas perhiasan dari dahulu sehingga ke hari ini.  Emas dan wanita mempunyai pertalian yang sangat kuat kerana tanpa secalit kilauan emas pada wanita, penampilan mereka dirasakan seperti tidak sempurna.

Walau seribu tahun akan datang, emas tetap menjadi pilihan wanita kerana kerlipan emas mampu menaikkan seri wanita, melonjakkan nilai kewanitaan pemakai dan meletakkan wanita dalam keadaan selesa untuk tampil yakin. Ini bermakna jika anda ingin membeli barang kemas belilah hanya untuk hiasan dan kecantikan sahaja.  Jika ada lebihan wang belikan ‘Gold Bar’ dan ‘Dinar Emas’ untuk simpanan dan pelaburan.

ketulinan-emas

Public Gold juga ada mengeluarkan Barang kemas berjenama PG Jewel dan Aurora – Italia (Premium).  Bagi anda yang ingin memiliki atau berminat untuk menjadi Peniaga Emas online.  Anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh mendapat keuntungan dan komisyen insentif dengan berniaga barang kemas Public Gold.

Kesimpulanya jika anda ingin melabur dalam Emas Fizikal pilihan bijak ialah dengan melabur pada ‘Gold Bar’, Syiling Emas dan Dinar Emas.  Barang kemas sesuai untuk kecantikan dan hiasan kaum wanita.

Untuk lebih jelas sila tonton video pendek di bawah ini

Perlukan keterangan lebih lanjut tentang Pelaburan Emas Fizikal hubungi saya +65 9224 6333 atau Follow Facebook dengan Klik Nama Saya di bawah:

MOHD SULIMAN HAFID – PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 337 5937(M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.net

JIka artikel ini bermanfaat , silalah ‘Share’ bersama rakan dan kenalan anda dengan klik butang bawah ini :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *