Kenapa Simpan Emas Sangat Penting?
Sejak lahirnya kita di dunia ini, kita sudah tidak jumpa lagi emas dan perak digunakan sebagai sistem kewangan. Apa yang kita tahu ialah sistem kewangan hari ini menggunakan wang kertas ‘Fiat Money’. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan.
Sebenarnya emas dan perak sebagai alat tukar perdagangan telah dikenali ribuan tahun dahulu. Dalam dunia Islam wang emas dan perak dikenali sebagai dinar dan dirham telah digunakan sejak awal Islam baik untuk kegiatan muamalah mahupun ibadah seperti zakat.
Kali terakhir penggunaan Dinar dan Dirham sebagai mata wang ialah berakhirnya empayer Khalifah Uthmaniah pada tahun 1924 di Turkey.
Sejarah telah membuktikan bahawa emas dan perak itu adalah mata wang sebenar dan bila anda benar2 faham akan fungsi emas dan perak, anda akan rasakan sangat penting untuk ditukarkan wang kertas kepada mata wang yang sebenar.
1. Emas Sebagai Rizab Keluarga.
Rizab bermaksud sesuatu yang dijadikan sebagai simpanan masa hadapan untuk melindungi atau membantu bila diperlukan. Emas merupakan simpanan rizab keluarga yang sangat penting yang perlu anda miliki.
Bila bercakap tentang rizab boleh dikatakan semua negara di dunia ini mempunyai simpanan rizab emas demi melindungi ekonomi negara tersebut dan juga bagi menunjukkan nilai kekayaan sesebuah negara.
Saya sangat setuju dengan ayat di bawah ini
Menyimpan adalah Tabiat Orang-Orang Kaya
Pada pendapat saya cara membina rizab keluarga dengan emas sebaiknya bermula dari usia yang muda sebab masa ini anda masih kurang tanggungan. Bagi Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil didiklah mereka dengan simpanan emas sejak zaman persekolahan diperingkat rendah. Berikan ilmu emas yang betul supaya mereka faham kenapa pentingnya simpan emas.
Bagi anda yang bekerja setiap kali dapat gaji tukarkan 10% wang gaji kepada emas dan bagi anda yang bekerja sendiri atau berniaga pastikan 10% dari hasil pekerjaan atau perniagaan disimpan dalam bentuk emas. Satu perkara yang perlu anda buat ialah simpanlah emas setiap bulan secara konsisten.
Saya percaya jika anda amalkan tabiat menyimpan ini akhirnya akan dapat membina aset emas sebagai rizab untuk anda dan keluarga anda.
2. Nilai Emas Sangat Stabil.
Satu lagi sebab kenapa simpan emas itu sangat penting ialah kerana harga emas yang sangat stabil sepanjang zaman. Bukti yang menunjukkan harga emas (dinar) dan perak (dirham) mata wang yang stabil ada terungkap dari ayat-ayat dalam hadits dan al-Quran.
Hadits Tentang Dinar:
”Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata : saya mendengar penduduk bercerita tentang ’Urwah, bahwa Nabi S.A.W memberikan wang satu Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu Dinar. Ia pulang membawa satu Dinar dan satu ekor kambing. Nabi S.A.W. mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli debupun, ia pasti beruntung” (H.R.Bukhari)
Dari hadits tersebut kita tahu bahwa harga pasaran kambing yang wajar di zaman Rasulullah, SAW adalah satu Dinar. Kesimpulan ini diambil dari fakta bahwa Rasulullah SAW adalah orang yang sangat adil, tentu beliau tidak akan menyuruh ‘Urwah membeli kambing dengan wang yang kurang atau berlebihan.
Keajaiban tentang Dinar ialah setelah lebih 1400 tahun jika anda mempunyai 1 Dinar, masih lagi boleh beli seekor kambing.
Al-Quran Tentang Dirham:
وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَٰهُمْ لِيَتَسَآءَلُوا۟ بَيْنَهُمْ ۚ قَالَ قَآئِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ ۖ قَالُوا۟ لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۚ قَالُوا۟ رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَٱبْعَثُوٓا۟ أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِۦٓ إِلَى ٱلْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَآ أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا
Surat-al-kahfi-ayat-19
Di ayat tersebut di atas diungkapkan bahwa mereka meminta salah satu rakannya untuk membeli makanan di kota dengan wang peraknya. Tidak dijelaskan jumlahnya, tetapi yang jelas wang perak (Dirham). Kalau kita andaikan para pemuda tersebut membawa 2-3 keping wang perak saja dan masih dapat membeli makanan untuk beberapa orang setelah sekian lama. Jadi setelah lebih kurang 18 abad, daya beli wang perak masih lagi sama.
3. Emas Adalah Mata Wang Antarabangsa.
Emas telah terbukti sebagai mata wang fitrah yang disukai oleh semua golongan yang mengetahuinya. Walaupun emas (dinar) dan perak (dirham) tidak lagi digunakan sebagai mata wang. Namun bila berlaku ketidakstabilan ekonomi dunia, emas dijadikan sebagai sandaran dan aset penyelamat.
Antara bukti-bukti yang nyata “emas adalah mata wang antarabangsa” ialah ketika peperangan saudara di Vietnam, Cambodia dan semasa berlakunya Tsunami di Aceh banyak kisah-kisah pelarian yang meninggalkan tanah air mereka dengan menjual sawah ladang, rumah, ternakan dan lain2 dengan menukarkan kepada emas.
Mereka membawa seisi keluarga bersama emas tersebut ke negara lain untuk membina kehidupan yang baru.
Sila tonton Video di bawah ini untuk lebih jelas lagi.
4. Kesimpulan
Dari topik-topik yang saya berikan di atas, kesimpulan yang boleh diperolehi 1alah sangat penting sekali untuk miliki emas sebagai simpanan jangka masa panjang untuk kita dan keluarga kita.
Semoga penerangan di atas memberi manfaat untuk anda mulakan simpanan emas sedikit demi sedikit. Jika ada sebarang pertanyaan boleh buat perjanjian atau hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.
MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com
Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.