Nak Pilih Mana, Gold Bar atau Dinar Emas ?

Jika anda masih keliru samaada nak pilih Gold Bar atau Dinar Emas, hari ini saya ingin beri pencerahan tentang Gold Bar (Emas jongkong) dan Dinar Emas (Gold Dinar).  Semoga selesai sahaja bacaan artikel ini anda akan dapat buat keputusan bukan sahaja untuk buat pilihan malah untuk pelaburan emas yang tepat.

Bila sebut tentang Pelaburan Emas langkah bijak ialah dengan memilih emas yang di dalam Gred Pelaburan, Investmen Precious Metal (IPM) iaitu emas yang mempunyai ketulenan lebih 995. Emas seperti Barang kemas kurang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan kerana ketulenannya hanya 916 dan terdapat kos-kos lain yang menyebabkan harganya lebih mahal.

Berikut adalah ciri-ciri penting dan khas untuk pelaburan samaada Gold Bar, Gold Coins dan Dinar Emas .

  1. Mempunyai bentuk dan berat yang standard.
  2. Mempunyai kualiti emas yang tinggi (995 – 999)
  3. Dijual mengikut harga pasaran emas semasa.
  4. Mempunyai premium yang rendah
  5. Mempunyai susut nilai ‘Spread’ yang rendah.

Kenapa pilih emas grade Pelaburan (995 -999) ialah kerana anda akan mendapat keuntungan yang maksima ketika menjual emas tersebut kemudian hari.

1.Apa itu Gold Bar (Emas Jongkong)  24K 999.9?

100 gram Gold Bar

Emas Gold Bar atau Jongkong berbentuk segi empat (seperti gambar di atas) dan mempunyai standard ukuran iaitu iaitu  gram, troy oz, tola dan lain-lain. Untuk Singapura kita menggunakan berat gram seperti 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1000 gram (1 kilo)

Emas jenis ini mempunyai ketulenan 24K – 999.9 sangat sesuai untuk dibuat pelaburan kerana Spread yang rendah antara 6% hingga 9%.  Nilai Emas diukur dari sudut ketulenan dan berat emas tersebut.  Selalunya emas seperti Jongkong ‘Gold Bar’ harganya lebih tinggi jika dijual berbanding dari emas yang kulenanannya hanya 916.

2. Apa Itu Dinar Emas 24K 999.9?

 

Dinar n Coind

Dinar Emas dan Syiling Emas berbentuk bulat (seperti gambar di atas) dan mempunyai standard ukuran iaitu 1/2 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar. Berat 1 Dinar bersamaan dengan 4.25 gram.  Ini bermakna berat 10 Dinar Emas ialah 42.50 gram.

Pilihlah Dinar Emas yang ketulenan 24K – 999.9 untuk dibuat pelaburan kerana Spread yang rendah harganya lebih tinggi jika dijual kemudian hari.

Membeli Syiling Emas merupakan cara paling popular bagi pelabur emas sejak 20 tahun lalu. Ini kerana Syiling Emas mudah untuk dicairkan, mudah dibawa dan mepunyai saiz yang standard. Singapura juga mempunyai syiling emasnya sendiri iaitu Singapore Lion 1 oz. Syiling Emas ‘Gold Coin’ mempunyai berat standard iaitu oz dan gram.

Dinar emas (juga Dirham Perak) telah digunakan sebagai Mata Wang Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W sehingga lah kejatuhan Empayer Uthmaniah pada tahun 1924 di Turkey.

3. Kesimpulan

Saya nak bagi 5 ciri-ciri penting sebelum anda buat keputusan membeli emas untuk tujuan pelaburan seperti berikut:

  1. Buat perbandingan Harga Emas.
  2. Susut Nilai (Spread).
  3. Jaminan jual balik ‘Buy Back’ Guarantee.
  4. Kemudahan beli dan jual emas secara On-line 24 jam 7 hari seminggu,
  5. Pilih Syarikat yang menawarkan insentif dengan menjadi Dealer untuk tambahkan pendapatan bulanan kita.

Tips Emas** Public Gold memberi platform yang Sangat baik , Mudah dan Patuh Syariah untuk anda mulakan simpanan dan pelaburan emas. Anda boleh lunsuri website di bawah ini untuk info lanjut.

Jika anda perlukan bimbingan tentang pelaburan emas boleh hubungi saya nama tertera di bawah. Saya telah membimbing ramai penyimpan emas dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darusslam dan Singapura.

Sila tonton Video ini untuk lebih jelas.

Ingin hubungi saya ini mobile +65 9224 6333 dan jangan lupa Follow Facebook dengan Klik Nama Saya di bawah:

MOHD SULIMAN HAFID – PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

JIka artikel ini bermanfaat , silalah ‘Share’ bersama rakan dan kenalan anda dengan klik butang bawah ini :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *