Pengenalan

Sejak berlakunya wabak pandemik Covid19 banyak pertanyaan saya terima yang ingin tahu cara membuat pelaburan emas fizikal. Tetapi ramai juga yang masih tidak memahami apakah jenis emas untuk dipilih untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.

Jika anda masih ragu-ragu betulkah pelaburan emas ini menguntungkan? Baca artikel seterusnya di bawah ini:

Emas Logam Yang Mulia

a. Emas telah digunakan sebagai mata wang sejak ribuan tahun lalu. Emas diiktiraf dan mempunyai nilai yang tinggi berkurun-kurun lama dan penerimaannya begitu menyeluruh di seluruh dunia. Emas merupakan logam yang sangat berharga memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan untuk digunakan sebagi mata wang dengan berkesan. Emas adalah logam  yang paling stabil dan tidak mudah bertindak balas. Emas tidak berkarat, tercemar dan terhakis. Emas juga senang dibentuk sehingga menjadi sangat tipis. Emas berat 1 auns boleh dipanjangkan menjadi wayar emas sepanjang 10 meter.

b. Emas perhiasan sangat digemari oleh kaum hawa untuk dipakai supaya kelihatan cantik dan bergaya. Mereka juga menganggap emas semuanya sama dan tidak mengetahui tentang ‘spread’ atau susut nilai emas tersebut. Emas perhiasan atau barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan atau mendapat keuntungan kerana emas perhiasan di buat khas untuk perhiasan dan kecantikan bagi yang memakainya dan selalunya harga emas perhiasan lebih mahal jika dibandingkan dengan ‘Gold Bar’, Syiling emas dan Dinar Emas. Harga emas perhiasan dikira mengikut reka bentuk, upah tukang dan juga cukai GST.

c. Emas juga dimanfaatkan untuk kesihatan, kecantikan, alat elektronik dan makanan serta minuman. Emas boleh digunakan untuk kesihatan ataupun makanan sebab logam tersebut tidak merbahaya untuk tubuh badan kita. Ini juga telah menjadikan nilai kelebihan emas yang membuatnya semakin berharga.

d. Kegunaan emas yang sangat luas di berbagai bidang telah mempegaruhi harga emas atau logam mulia ini. Apabila semakin banyak keperluan akan menyebabkan semakin banyak pula permintaan. Permintaan yang terus meningkat sudah tentu akan membuat harga emas juga terus melambung tinggi.  Sebab itu, jual dan beli emas tidak pernah sunyi dari penggemar atau peminat emas.

e.   Bagi yang minat dengan barang kemas, Gold Bar dan Dinar emas sudah tentu akan jadikan emas sebagai aset untuk diwarisi generasi ke generasi. Ramai juga yang mula menyimpan emas dalam masa tertentu dan menjualnya ketika sudah mencapai objektif simpanannya. Perkara seperti ini akan terus berlanjutan kerana masyarakat kini telah mula menyedari bahawa emas merupakan logam mulia yang bernilai tinggi. Apa pun situasinya, memiliki emas tidak akan merugikan kerana emas memiliki nilai intrinsik yang akan membuatnya selalu bernilai. Permintaan emas samaada dalam keadaan ekonomi yang stabil atau tidak, hakikatnya tetap ramai yang membeli dan menyimpannya.

Sila tonton Video pendek bawah ini “Keuntungan Menyimpan Emas”

Semoga pecerahan di atas memberi manfaat dan jika anda ingin mulakan pelaburan emas boleh buat perjanjian atau hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site: www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Written by Mohd Suliman

Saya adalah Master Dealer Public Gold yang sangat aktif yang telah membimbing ramai dealers dan customers saya di Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dalam pelaburan emas fizikal. Hubungi saya jika anda perlukan bimbingan dari saya. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *