Pemberian Mahar atau Mas Kahwin.

Mahar atau Mas kahwin adalah tanda kasih sayang dan pemberian wajib kepada Isteri.

Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4:

“Dan berikanlah mahar (Maskahwin) kepada wanita yang kamu nikahi sebagai sebuah pemberian dengan penuh keikhlasan.”

Saya amat menggalakkan supaya bakal2 pengantin menggunakan Dinar sebagai Mas Kahwin. Kenapa begitu? Anda boleh baca kisah benar selanjunya di bawah ini:

Mertabadkan “Mata Wang Sunnah”

Saya masih teringat semasa mula2 memperkenalkan Dinar Emas di Singapura, ketika itu memang ramai warga Singapura yang tidak mengenali apa itu Dinar Emas dan Dirham Perak.

dinar-dirham-coins

Gambar: Mata Wang Dinar Emas dan Dirham Perak

Satu hari saya menerima panggilan dari seorang pemuda yang ingin membeli Dinar. Ketika itu saya hanya ada beberapa koleksi kepingan 1 Dinar sahaja.  Setelah pertemuan di buat akhirnya pemuda tersebut bersetuju untuk membeli 2 keping 1 Dinar.  Saya rasa sungguh hairan apakah tujuan dan apa nak di gunakan Dinar tersebut.

Rasa ingin tahu akhirnya terkeluar dan bertanya “Apa nak di gunakan dengan Dinar itu” Jawapan dari pemuda tersebut ialah “Nak jadikan sebagai Mas Kahwin”. kemudian saya tanya lagi “Kenapa gunakan Dinar selalunya Mas Kahwin gunakan Duit”. Jawapan ringkas tetapi amat tersentuh di hati saya dan tak dapat saya lupakan hingga sekarang katanya “Mertabadkan Sunnah”

Sejak itu saya mula terfikir bagaimana nak terus galakkan supaya masyarakat Melayu Islam Singapura menggunakan Dinar sebagai Mas Kahwin?

Strateji yang saya buat ialah semasa Seminar, saya sering kongsi cerita ini kepada remaja supaya gunakan Dinar sebagai Mas Kahwin.

Terdapat 3 Tujuan:

  1. Supaya Masyarkat Kenal dengan Mata Wang Dinar.
  2. Mertabadkan Mata Wang Sunnah.
  3. Jadikan Dinar sebagai Aset untuk keluarkan Zakat.

FB_IMG_1510874193884

Gambar : Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin

Statistik Perkahwinan

Jika di lihat dari rajah statistik perkahwinan masyarakat Islam di Singapura jumlahnya makin meningkat dari tahun ke tahun.  Dengan memperkenalkan Dinar kepada bakal2 pengantin mungkin ini cara yang terbaik untuk mendidik mereka gunakan Dinar dan sekali gus jadikan Dinar sebagai Simpanan dan untuk keluarkan Zakat.

Lagi Banyak Zakat Di Keluarkan, Lagi Ramai Orang Dapat Di Bantu

Number of Marriage

Rajah : Statistik Jumlah Perkahwinan di Singapura

Kadar Mahar

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.

Mas kahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan mas kahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Dinar mas kahwin 1

Gambar Hiasan : Dinar Emas sebagai Mahar

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembirakan dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Sebenarnya mas kahwin bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang.

Jika anda ingin dapatkan Tip dan info tentang Dinar dan Dirham klik nama saya bawah ini. Terima Kasih kerana sudi membaca .

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Di harap artikel ini bermanfaat  dan harap di kongsikan kepada rakan2 yang belum mengetahui tentang Dinar dan Dirham.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *