Kawan-kawan hari itu ada yang bertanya siapakah yang patut menerima zakat emas dan perak.  Bagi menjawab berikut adalah pencerahannya.

8 ASNAF yang Menerima Manfaat Zakat

Berbeza dengan sedekah biasa atau Sadaqah, golongan yang berhak menerima Zakat dinyatakan di dalam Al-Quran Surah At-Taubah Ayat 60:

“Sesungguhnya Zakat adalah untuk orang fakir, miskin, para amil, orang yang dijinakkan hatinya (saudara baru dalam Islam), membebaskan hamba, orang yang berhutang, orang yang berjuang pada jalan Allah dan orang yang berkeputusan; (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

1.  Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai harta atau mata pencarian; hidup sengsara, tidak mempunyai apa-apa untuk menampung keperluan harian.

2.  Miskin

Seseorang yang tidak mempunyai mata pencarian yang mencukupi untuk menampung keperluan asas harian. Agihan Zakat termasuk bantuan kewangan bulanan, program latihan dan bantuan tambahan pada bulan Ramadan dan akhir tahun.

3. Fisabilillah

Seseorang yang berjuang kerana Allah demi kebaikan masyarakat. Agihan kepada Fisabilillah termasuk program agama, kepimpinan dan pengurusan masjid, pembangunan dan bantuan madrasah, pembangunan dan pendampingan belia, dakwah dan pendidikan Islam.

4. Gharimin

Seseorang yang terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asasnya. Agihan melalui Gharimin termasuk bantuan untuk keperluan asas yang tertunggak seperti bil air / elektrik / gas dan kos perkhidmatan dan penyenggaraan.

5. Riqab

Seseorang yang mahu membebaskan dirinya daripada perhambaan. Di Singapura, kategori ini dibelanjakan untuk anak-anak penerima Zakat yang memerlukan bantuan bagi meneruskan pendidikan. Agihan melalui Riqab termasuk geran pelajaran untuk keluarga susah.

6. Muallaf

Seseorang yang baru memeluk agama Islam. Agihan kepada Muallaf termasuk geran kepada Darul Arqam untuk menguruskan hal ehwal kebajikan saudara baru yang memeluk agama Islam. 

7. Amil

Seseorang yang dilantik untuk memungut Zakat dan perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan Zakat. Agihan kepada Amil termasuk kos pentadbiran dan latihan.

8. Ibnussabil

Musafir yang terkandas dalam perjalanan. Agihan kepada Ibnussabil termasuk bantuan kewangan, bantuan makanan, tiket kapal terbang pulang ke negara asal. 

Sekian semoga bermanfaat rujukan : https://zakat.sg/ms/8-asnaf-zakat/

Perlukan keterangan lebih lanjut tentang Pelaburan Emas Fizikal hubungi saya +65 9224 6333 atau Follow Facebook dengan Klik Nama Saya di bawah:

MOHD SULIMAN HAFID – PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

JIka artikel ini bermanfaat , silalah ‘Share’ bersama rakan dan kenalan anda dengan klik butang bawah ini :

Written by Mohd Suliman

Saya adalah Master Dealer Public Gold yang sangat aktif yang telah membimbing ramai dealers dan customers saya di Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dalam pelaburan emas fizikal. Hubungi saya jika anda perlukan bimbingan dari saya. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *