Formula Paling Mudah Untuk Berjaya Dengan Pantas ialah:
Belajar Dari Orang Yang Telah Terbukti Berjaya
Ya betul! Kita belajar dari orang yang telah terbukti berjaya, ikut cara mereka berfikir dan ikut cara mereka bekerja.
Kata Mentor saya tahun Pertama adalah tahun kita belajar dan tingkatkan Ilmu pengetahuan. Jangan jemu untuk ikuti Seminar2 Emas yang dianjurkan. Banyakkan baca buku2 tentang kewangan dan Pelaburan. Fahamkan benar2 bagaimana gandakan aset simpanan emas, apakah strategi dan teknik yang betul.
Saya ucapkan Terima Kasih kepada Mentor-mentor dan Sifu-sifu yang telah mendidik dan memberi tunjuk-ajar tentang Ilmu Pelaburan Emas. Rasanya tidak terbalas jasa dan Ilmu yang diberikan kepada Saya.
- Tuan Syukor Hashim pengarang Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas. Banyak ilmu yang telah dicurahkan dan saya amat bersyukor kerana dapat mengenali beliau dengan lebih dekat.
- Tuan Mohd Zulkifli Shafie pengarang Buku 1. Zero Hutang dan 2. Wang Emas banyak ilmu yang saya perolehi dari beliau.
- Mama Azizah saya sangat ‘salute’ , beliau seorang wanita yang berjiwa besar dan sentiasa memberi galakkan untuk menyimpan emas demi masa depan keluarga.
Saya bermula dari seorang ‘Penyimpan Emas’ biasa, kemudian ‘Pelabur Emas’ dan kini serius dalam ‘Perniagaan jual beli Emas’. Anda pun boleh menjadi seorang Pelabur Emas yang berjaya jika anda serius dan ingin jadikan emas sebagai perniagaan dan menjana ‘Passive Income’.
Semuanya terserah kepada anda samaada ingin menjadi golongan yang mana?
- Penyimpan Emas – Gold Saver
- Pelabur Emas – Gold Investor
- Peniaga Emas – Gold Dealer
Ketiga2 golongan ini mempunyai ‘mindset’ dan cara yang berbeza. Untuk berjaya anda perlukan Ilmu dan belajar dari ‘Guru’ yang benar-benar mahir dalam Pelaburan Emas.
Mengapakah sesetengah pelabur mampu menjana pendapatan lumayan dengan risiko yang sedikit sementara pelabur-pelabur lain hanya mampu balik modal sahaja? Jawapannya adalah ILMU PELABURAN yang betul.
Tiga (3) Sebab Mengapa Kita Tidak Kecukupan Wang ?
- Terlalu Boros dalam perbelanjaan
- Terlibat Dalam Skim Cepat Kaya
- Duit dipinjam Orang – 90% Pinjaman Wang tak dapat dilunaskan
Adakah sebab kita tidak kecukupan wang kerana SARA HIDUP telah meningkat?
Sebenarnya bukan SARA HIDUP yang meningkat tetapi GAYA HIDUP kita yang meningkat. Masa dahulu orang tua kita dapat hidup dengan selesa dapat sekolahkan anak2 hingga ke menara gading walaupun mempunyai bilangan anak yang ramai. Tetapi sekarang ramai yang rasa tidak cukup wang kerana inginkan GAYA HIDUP yang lebih mewah. Belanja lebih tinggi dari gaji yang diterima.
2. Ramai di kalangan kita yang ingin melabur kerana percaya bahawa Pelaburan adalah kunci ke arah kebebasan kewangan tetapi malangnya wang mereka lesap kerana terlibat pada pelaburan yang salah iaitu terlibat dalam ‘Skim Cepat Kaya’
3 Satu lagi sebab kenapa duit kita ‘bocor’ ialah kerana dipinjam orang. Duit ini macam ada bau, kata orang kalau kita ada wang lebih, saudara-mara dari jauh pun boleh hidu. 90% wang yang dipinjam orang tidak dapat dikembalikan.
Ramai yang gatal tangan apabila pegang duit. Ramai juga yang tidak mampu kawal diri apabila ada duit di tangan. Jadi cara untuk selamatkan wang kita dari kebocoran ialah tukarkan Wang tersebut kepada Emas.
Pesanan saya sebelum kita buat pelaburan – Kita mesti melabur pada Ilmu Emas itu sendiri. Jangan melabur kerana termakan janji dan pulangan yang tidak munasabah. Jika kita mempunyai #ILMUPELABURAN kita akan sentiasa berhati2 sebelum buat pelaburan.
JIka anda perlukan bimbingan dari saya Bagaimana nak mulakan Simpan dan Melabur dengan Emas? Follow Facebook Saya dengan Klik Nama Saya di bawah ini:
Mohd Suliman Bin Hafid (PG027857)
Master Dealer Singapura
WhatsApp/SMS +65 9224 6333 S’pura +60 166825003 M’sia
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk keluarga dan rakan-rakan, harap dapat di ‘share’ dengan klik link bawah ini. Terima kasih.