Formula paling mudah untuk berjaya dengan pantas ialah: “Belajar Dari Orang yang telah terbukti Berjaya”

Terima Kasih kepada Mentor-mentor dan Sifu-sifu yang telah mendidik dan memberi tunjuk-ajar tentang Ilmu Pelaburan Emas.  Rasanya tidak terbalas jasa dan Ilmu yang diberikan kepada Saya.

Salah seorang Mentor Emas saya ialah Mahaguru Tuan Syukor Hashim pengarang Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.  Banyak ilmu yang telah dicurahkan dan saya amat bersyukor – Alhamdullilah.

Mohd Suliman & Syukor Hashim

Bersama MahaGuru Syukor Hashim – Mentor Emas

Saya bermula dari seorang ‘Penyimpan Emas’ biasa kemudian ‘Pelabur Emas’ dan kini serius dalam ‘Perniagaan jual beli Emas’.  Anda pun boleh menjadi seorang Pelabur Emas yang berjaya jika anda serius dan ingin jadikan emas sebagai perniagaan dan menjana ‘Passive Income’.

Terdapat 3 golongan manusia di dalam Pelaburan Emas yang mesti anda ketahui :

  1.   Golongan Penyimpan Emas – Gold Saver
  2.   Golongan Pelabur Emas – Gold Investor
  3.   Golongan Peniaga Emas – Gold Trader

Ketiga2 golongan ini mempunyai ‘mindset’ dan cara yang berbeza.  Anda perlukan Ilmu dan belajar dari ‘Guru’ yang benar-benar mahir dalam Pelaburan Emas.  Nasihat saya carilah seorang Mentor Emas yang telah terbukti berjaya dan belajar dari nya.

Mengapakah sesetengah pelabur mampu menjana pendapatan lumayan dengan risiko yang sedikit sementara pelabur-pelabur lain hanya mampu balik modal sahaja ? Jawapannya adalah ILMU PELABURAN yang betul.

Tiga (3) Sebab mengapa Wang Kita Hilang :

  1.    Terlalu Boros dalam perbelanjaan – GAYA HIDUP
  2.    Terlibat Dalam Skim Cepat Kaya
  3.    Di pinjam Orang

Ada orang kata kenapa kita sering tidak kecukupan wang kerana SARA HIDUP telah meningkat.  Sebenarnya bukan SARA HIDUP yang meningkat tetapi GAYA HUDUP kita yang meningkat.

Masa dahulu orang tua kita dapat hidup dengan selesa dapat sekolahkan anak2 hingga ke menara gading walaupun mempunyai bilangan anak yang ramai.  Tetapi sekarang ramai yang rasa tidak cukup wang kerana inginkan GAYA HIDUP yang lebih mewah terikut2 dengan kehidupan super star yang sering di tayangkan di kaca TV.

Ramai di kalangan kita yang ingin melabur kerana percaya bahawa Pelaburan adalah kunci ke arah kebebasan kewangan tetapi malangnya wang mereka lesap kerana terlibat pada pelaburan yang salah iaitu terlibat dalam ‘Skim Cepat Kaya’

Satu lagi sebab kenapa wang kita hilang ialah apabila rakan atau saudara-mara meminjam wang dari kita.  Wang ini macam ada bau,  kata orang kalau kita ada wang lebih, saudara-mara dari jauh pun boleh tahu.  Sering terjadi peminjam akan menghilangkan diri ‘MIA’ atau buat2 lupa.  Saya percaya ramai  yang tidak dapat kembali wang yang di pinjamkannya.  Jadi cara untuk selamatkan Wang anda ialah tukarkan Wang kepada Emas.  Sebab tiada dalam sejarah orang meminjam Emas.

Pesanan Mentor saya sebelum kita buat pelaburan – Kita mesti melabur pada ILMU PELABURAN itu sendiri. Jangan melabur kerana termakan janji dan pulangan yang tidak manasabah.   Jika kita mempunyai ILMU PELABURAN kita akan sentiasa berhati2 sebelum buat pelaburan.

JIka anda perlukan keterangan lebih lanjut Bagaimana nak mulakan Simpan dan Melabur dengan Emas ? Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke +65 9224 6333 atau Follow Facebook Saya Klik Nama Saya di bawah ini:

Mohd Suliman Bin Hafid (PG027857)
Master Dealer Singapura

+65 9224 6333 S’pura +60 166825003 M’sia