Tujuh (7) Langkah Simpan Emas

Tujuh (7) Langkah Bermula Menyimpan Emas

SEDIKIT TIPS MULAKAN SIMPANAN EMAS ANDA HARI INI.

1. NIAT & TUJUAN

Mulakan dengan niat yang betul dan apakan tujuan (objektif) menyimpan Emas?  Bila saya mulakan simpanan emas niat saya  nak tambahkan Aset emas dan saya akan gunakan emas tersebut sebagai keperluan seperti berikut:

  • Bila berlakunya kecemasan. (Sebagai Dana Kecemasan)
  • Jadikan modal pusingan Bisnes.
  • Kegunaan semasa umur Persaraan
  • Sebagai modal untuk membeli aset lain seperti membeli rumah, tanah dan lain2 ketika harga rendah.
  • Untuk pendidikan anak-anak ke Universiti atau pergi umrah dan haji dan bayank lagi.

Bila kita tahu akan tujuan menyimpan emas akan memudahkan untuk mencapainya. sebagai contoh target pertama ialah untuk menyimpan 100 gram emas sebagai Dana Kecemasan.  Jadi buatlah perancangan berapa lama untuk memiliki 100 gram tersebut. Anda boleh target dalam masa 6 bulan, 1 tahun atau masa-masa tertentu.

2. BERMULA DENGAN ILMU.

Carilah ruang dan peluang untuk menghadiri Seminar Ilmu Emas.  Syarikat Public Gold sentiasa adakan Seminar Emas PERCUMA setiap Minggu.  Anda boleh buat pendaftaran untuk mengikuti Seminar tersebut.  Pilihlah tempat, masa dan hari yang sesuai untuk anda hadiri.

WhatsApp Image 2017-04-05 at 9.19.18 PM

Gambar : Tambahkan Ilmu Emas dengan Mengikuti Seminar di Singapura

Klik negara pilihan anda untuk lihat jadual Seminar Emas:

Tambahkan Ilmu Pelaburan Emas dengan banyak membaca buku-buku tentang Emas.  Di luar sana banyak buku-buku tentang emas yang dijual samaada dalam bahasa Melayu dan Inggeris.  Berikut adalah antara buku yang boleh anda jadikan sebagai rujukan :

  1. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – En Syukor Hashim
  2. The Power of CandleStick + Divergence – En Shufaat
  3. Wang Emas – En Mohd Zulkifli Shafie

Ingin buat pesanan KLIK SINI

Buku-Emas

 

Gambar : Buku Emas Terbaik untuk bacaan Anda

3. BELAJAR DARI MENTOR.

Tanyalah dari orang yang benar-benar faham tentang emas. Jangan rasa Malu sebab semua orang bermula dari zero tentang Emas.  Jangan tersilap langkah dengan melabur dan terperangkap dengan pelaburan skim cepat kaya.  Carilah syarikat yang kukuh dan reputasi yang baik menawarkan Emas fizikal.

Beli Emas dapat Emas bukan dapat Kertas dan Janji Kosong

Belajar dari ‘Mentor Emas’ yang berpengalaman dan betul-betul faham tentang Ilmu Pelaburan Emas.

  • Bagaimana cara mengganda ‘Asset’ anda?
  • Bila masa yang sesuai untuk membeli emas?
  • Apakah keuntungan dan faedah menyimpan emas?
  • Apa nak buat dengan Emas yang tersimpan? Dan banyak lagi soalan2 yang perlu dijawab.

En Syukour n Me

Gambar : Guru dan Mentor Emas Saya – En Syukor Hashim

Formula paling mudah untuk berjaya dengan Cepat ialah belajarlah dari ‘Mentor’ yang telah terbukti BERJAYA.  Ikut Minda dan cara mereka bekerja.  Belajar, Ambil tindakkan dan  Berkongsi ilmu.  

Semua orang bermula dari ZERO sebelum menjadi HERO.

4. AMBIL TINDAKAN & MULAKAN SEKARANG!

Bagi yang bekerja apabila dapat Gaji.  Disiplinkan diri untuk beli Emas setiap bulan. Tidak mengapa walaupun sedikit 1gm setiap bulan. “Sedikit sedikit lama-lama jadi bukit“. Menyimpan Emas lebih menguntungkan sebenarnya.

Syarikat Public Gold menyediakan kemudahan untuk anda buat tabungan emas setiap bulan.  Anda boleh buka Akaun GAP ‘Gold Accumulation Program’ untuk mulakan simpanan Emas setiap bulan serendah 1gm dan boleh tambah gram emas bila ada duit lebih.

Jadikan satu tabiat untuk membeli emas setiap bulan walaupun 1gm.  Ini bermakna dalam masa 12 bulan anda sudah memiliki 12gm Emas dan boleh keluarkan emas tersebut dalam bentuk ‘Gold Bar’ atau Dinar emas bila-bila masa.

one gold dinar

Gambar : 5gm dan 10gm Gold Bar 999.9 24K LBMA

5. MEMBELI PADA SYARIKAT YG BETUL.

Carilah syarikat yang betul-betul Stabil, Kukuh dan Bereputasi.  Syarikat yang bukan sahaja menjual emas malah memberi jaminan membeli balik emasnya bila-bila masa dan tidak terhad jumlahnya.  Public Gold adalah antara Syarikat yang stabil dan kukuh dengan prestasi yang sangat membanggakan yang mempunyai 18 Cawangan di Malaysia, Singapura dan Indonesia

public-gold-branch-office

Gambar : Public Gold Mempunyai 20 Cawangan Termasuk Di Malaysia, Singapura dan Indonesia

Pilihlah Syarikat yang tidak mengenakan apa-apa yuran menjadi Ahli.  Syarikat yang menawarkan harga dan susut nilai yg rendah dan harga yang ‘transparent’ anda boleh jual dan beli produk bila-bila masa 24jam 7 hari secara online atau terus ke pejabat, produk yang bebas GST dan bertaraf antarabangsa- LBMA (London Bullion Market Association)

6. BELI EMAS IKUT KEMAMPUAN.

Bila kita ada wang lebih, cepat² tukarkan kepada emas. Public Gold adalah satu-satunya Syarikat yang menawarkan pembelian emas serendah 0.5 gram untuk dijadikan sebagai simpanan, hadiah dan koleksi.

one gold dinar

Gambar : 1/2 gm Gold Bar Sebagai Koleksi dan Hadiah Kepada Yang Tersayang

Selain itu Public Gold juga ada mengeluarkan Emas 1 gram untuk koleksi, simpanan, hadiah kepada orang tersayang semasa ‘Birthday’,  ‘New Born Baby’, Emas Raya, Ang Pow, Tahun baru Cina, ‘Wedding Aniversary’ dan lain-lain.  Boleh juga dijadikan tambahan koleksi emas anda. one gold dinar

Gambar : 1 gm Gold Bar Sebagai Koleksi dan Hadiah Kepada Yang Tersayang

Public Gold juga sediakan Belian Pembayaran Mudah – ‘Easy Payment Purchase’ (EPP) mengikut Patuh Shariah. Di mana kita boleh beli Emas serendah 10gm dengan kaedah EPP bayar setiap bulan selama 4 hingga 10 bulan.

Cara ini sangat mudah bagi mereka yang inginkan simpanan Emas dalam gram yang lebih besar.  Untuk mengetahui caranya KLIK SINI.

7. SIMPAN DI TEMPAT YG TIDAK DIJANGKA.

Tolong jangan beritahu sesiapa kecuali orang yang anda percayai di mana tempat menyimpannya.  Yang pasti simpan di tempat yang selamat.  Anda boleh buat pilihan samaada simpan di Rumah atau di ‘Safe Deposit Box’. Public Gold ada menyediakan ‘Safe Deposit Box’ untuk anda.

one gold dinar

Gambar : Public Gold Sediakan Safe Box Untuk Menyimpan Emas Anda

Mulakan langkah menyimpan Emas dari sekarang sebagai aset simpanan jangkamasa panjang.

Jika anda perlukan nasihat dan bimbingan seterusnya dari saya Follow Facebook dengan Klik Nama Saya di bawah ini:

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Jika artikel ini bermanfaat, saya mohon anda share dengan rakan-rakan Social Media anda. Klik butang di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *